Section Heading

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Temperature 26 °C Cloudy

KUL
Kuala Lumpur

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

FAQ On Air Travel Requirements Under the New Norms

15.10.2020

In the lights of COVID-19 pandemic, here are the frequently asked questions on the new norms in air travel requirements.

1. Are there any international and domestic flights operating at the airport? 
There are no restrictions for all carriers to resume their operations. However please note that only interstate travel is allowed, and our borders are still closed until further notice. Therefore you are advised to check with the respective airline companies on your flight schedules.

Please also note that the following states are currently under Conditional Movement Control Order (CMCO) during these periods:
a)    Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya: 14 to 27 October 2020
b)    Sabah: 13 to 26 October 2020

Therefore, all interstate travel by air to these states need a written approval from the Royal Malaysia Police (PDRM).

2. Who will be allowed to fly out of Malaysia?
a) Visitors and foreign nationals
b) Malaysian citizens and Permanent Residents holding work permit from the third countries who wish to return to their place of work. You are required to  produce the necessary documents at the point of departure (Resident Pass/Long Term Pass/Work Permit).
c) Malaysian citizens who are students who wish to resume their studies, sit for examination or who have received offers to study abroad. You are required to produce the necessary documents at the point of departure (Student Pass/Visa/Long Term Pass/Letter of Offer/Letter of Instruction).

Malaysian citizens who need to travel abroad for emergency, work, attending seminar and other business purposes will have to submit their application to the Immigration Department of Malaysia.

3. Who will be allowed to fly into Malaysia?
3.1 Other than Malaysian citizens and Permanent Residents, following are the list of foreigners who are allowed to enter Malaysia:
a) Employment Pass Category I, II and III (EP I, EP II & EP III), with dependants and their domestic helpers
b) Residence Pass-Talent (RP-T), with dependants and their domestic helpers
c) Professional Visit Pass (PVP), with dependants and their domestic helpers 
d) Long Term Social Visit Pass (LTSVP), with dependants and their domestic helpers e) Foreign patients (with 1 companion) seeking medical treatment – application must be made through Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

3.2 Please note that all entries into Malaysia must comply to the following:
a) Download and activate the contact tracing app, MySejahtera into their mobile/gadget 
b) Fill up the health declaration form in MySejahtera 
c) Undergo a Covid-19 medical screening
d) Undergo 14 days quarantine at designated quarantine centres by the government. The cost of which is to be borne by the passenger. 

3.3 Airline and cargo crews including private jets are required to go through health screening before immigration clearance.

4. Will international passengers be able to transit at our airport?
Yes. You are required to produce your boarding pass/valid ticket to your next foreign destination. However only transit within the same terminal is allowed for international transit passengers.
Please check with your airlines on your baggage transfer and the allowable transit duration for your connecting flight.

5. What are the requirements to enter Sabah and Sarawak?
5.1 Sabah
Effective 3 to 26 October 2020, entry into the state of Sabah is only permitted to Sabahans.
For non-Sabahans, they must hold valid passes issued by the Malaysian Immigration Department (Sabah), including those working under essential services.
Categories that are not stated above are required to obtain special permission from the Sabah Chief Minister's Department before entering.

5.2 Sarawak
Malaysians and Non-Malaysians travelling into Sarawak from overseas and Peninsula Malaysia are required to apply for permission to enter Sarawak from the Sarawak Disaster Management Committee (SDMC).
Malaysians (except for Sarawakians from Peninsula Malaysia) and Non-Malaysians travelling from Peninsula Malaysia, Sabah, or Labuan are advised to provide COVID-19 medical screening result as a supporting document for permission to enter Sarawak. You may be subjected to a mandatory 14 days quarantine and Non-Sarawakians must bear the cost of quarantine and the COVID-19 medical screening tests.

5.3 Any enquiries for restrictions entering Sabah & Sarawak can be channelled to the followings:
Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah
Tel: 088-369434 (24 hours)
Website: https://phednp.wixsite.com/website

Sarawak Disaster Management Committee 
Tel: 082-443991 or 082-446991
Website: https://sarawakdisastermc.com/

6. What is the procedure of passengers arriving from Sabah?
All entries from Sabah must comply to the following:
a) Download and activate the contact tracing app, MySejahtera into their mobile/gadget 
b) Fill up the health declaration form in MySejahtera and Home Surveillance Order form 
c) Undergo a Covid-19 medical screening 
d) Undergo mandatory home quarantine as per the Ministry of Health’s Home Surveillance Order (HSO) rules 

7. Are the shops, services and F&B outlets at the airport open during this period?
Yes, most of the retail and F&B outlets at the airport are now open. You are also required to register your visit through the available contact tracing app at each individual outlet. 
You are able to dine-in at our F&B outlets while observing physical distancing measures. You may also order take-away meals at outlets that do not offer dine-in options. 
We highly encourage all airport guests to go cashless at our retail and F&B outlets through the myriad e-payment services provided.

8. What are the safety measures taken at the airport? 
We will screen the body temperature of all airport guests at every point of entrance to the terminal building and ensure they wear face mask. Physical distancing markers are also in place to help guide airport guests. We have also installed anti-microbial sneeze guards at service counters as well as hand sanitisers throughout the terminal.
The airport terminals are also regularly sanitised and disinfected using various methods such as dry-mist fumigation with a water-based chemical that kills 99% of microorganisms, Blu-ray anion nano spray gun and micro-mist blower which forms a thin layer of coating that protects the surfaces from unwanted microorganism. 
These measures are augmented by the presence of on-ground safety compliance officers patrolling the terminals and safety messages on digital screens to remind airport guests to continue practising safe measures.  Our friendly roving Airport CARE Ambassadors are also available for passengers requiring assistance. 

9. Can I get to the airport via public transport?
All public transport (buses, taxi, e-hailing transport and KLIA express train) are available and operational. For states under CMCO, the service hours are from 6am to 12am. 
However please check the service frequency with the respective service providers.

10. How can I get more information on COVID-19? 
You may contact the following centres for enquiries:

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Telephone: +603-88810200/600/700 
WhatsApp: +60178429454 
Email: cprc@moh.gov.my

National Disaster Management Agency (NADMA)
Telephone: +603-8064 2400 
Email: opsroom@nadma.gov.my / covid19operation@nadma.gov.my  
 

 


 

Soalan lazim tentang keperluan perjalanan melalui udara di bawah norma baharu

Berikut adalah soalan yang sering diajukan mengenai keperluan perjalanan melalui udara selaras dengan norma baharu ketika pandemik COVID 19.  

1. Adakah penerbangan antarabangsa dan domestik beroperasi di lapangan terbang?
Tidak ada sekatan untuk semua syarikat penerbangan untuk meneruskan operasi mereka. Namun perlu diingatkan bahawa hanya perjalanan antara negeri yang dibenarkan, dan sempadan negara masih ditutup sehingga diberitahu kelak. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan anda.
Sila ambil maklum juga bahawa Negeri dan Wilayah berikut berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam tempoh ini:
a) Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya: 14 hingga 27 Oktober 2020
b) Sabah: 13 hingga 26 Oktober 2020
Oleh itu, semua perjalanan antara negeri melalui udara ke Negeri dan Wilayah tersebut memerlukan kebenaran bertulis daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

2. Siapa yang dibenarkan keluar dari Malaysia?
a) Pelawat dan warganegara asing
b) Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang memegang permit kerja dari negara ketiga yang ingin kembali ke tempat kerja mereka. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Sijil Penduduk Tetap/Pas Jangka Panjang / Permit Kerja).
c) Warganegara Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran, menduduki peperiksaan atau yang telah mendapat tawaran belajar dari institusi luar negara. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Pas Pelajar / Visa / Pas Jangka Panjang / Surat Tawaran / Surat Arahan Menduduki Peperiksaan).

Warganegara Malaysia yang mempunyai keperluan untuk pergi ke luar negara atas sebab kecemasan, bekerja, menghadiri seminar dan lain-lain urusan perniagaan perlu mengemukakan permohonan mereka kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk kelulusan.

3. Siapa yang dibenarkan memasuki Malaysia?
3.1 Selain daripada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap, berikut adalah senarai orang asing yang dibenarkan memasuki Malaysia:
 
a) Pas Penggajian I, II dan III (EP I, EP II dan EP III), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
b) Pas Residen-Talent (RP-T), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
c) Pas Lawatan Profesional (PVP)
d) Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
e) Pesakit dari luar negara bersama seorang pengiring untuk rawatan perubatan - permohonan mesti dibuat melalui Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

3.2 Semua kemasukan ke Malaysia mesti mematuhi perkara berikut:
a) Muat turun dan aktifkan aplikasi pengesan, MySejahtera ke dalam telefon bimbit / alat peranti mereka
b) Isi borang pengisytiharan kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera
c) Menjalani saringan pengesanan COVID-19 
e) Kuarantin wajib selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan. Kos perkhidmatan kuarantin adalah di bawah tanggungjawab individu.

3.3 Kakitangan syarikat penerbangan termasuk pesawat peribadi perlu melalui saringan kesihatan sebelum melalui kaunter Imigresen.

4. Adakah penumpang antarabangsa dibenarkan transit di lapangan terbang?
Ya. Anda diminta untuk menunjukkan pas masuk / tiket yang sah untuk ke destinasi antarabangsa seterusnya. Walau bagaimanapun, penumpang antarabangsa hanya dibenarkan untuk transit di bangunan terminal yang sama sahaja untuk ke destinasi berikutnya. 
Sila semak status bagasi dan tempoh transit yang dibenarkan untuk ke destinasi selanjutnya dari syarikat penerbangan masing-masing.

5. Apakah syarat untuk memasuki Sabah dan Sarawak?
5.1 Sabah
Bermula 3 hingga 26 Oktober 2020, kemasukan ke negeri Sabah hanya dibenarkan untuk penduduk asal Sabah sahaja.
Bagi bukan penduduk asal Sabah, mereka mesti memegang pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Sabah), termasuk yang bekerja di bawah perkhidmatan penting.
Kategori yang tidak dinyatakan di atas diminta untuk mendapatkan kebenaran khas dari Jabatan Ketua Menteri Sabah sebelum masuk.

5.2 Sarawak
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang hendak ke Sarawak perlu memohon kebenaran memasuki Sarawak dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC).
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara (kecuali penduduk asal Sarawak dari Semenanjung Malaysia) yang melakukan perjalanan dari Semenanjung Malaysia, Sabah, atau Labuan dinasihatkan untuk memberikan keputusan saringan COVID-19 sebagai dokumen sokongan untuk permohonan memasuki Sarawak. Anda mungkin dikenakan kuarantin 14 hari dan perlu menanggung kos kuarantin dan ujian saringan COVID-19.

5.3 Sebarang pertanyaan mengenai syarat memasuki Sabah & Sarawak boleh disalurkan ke:
Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah
Tel: 088-369434
Laman sesawang: https://phednp.wixsite.com/website

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak
Tel: 082-443991/082-446991
Laman sesawang: https://sarawakdisastermc.com/

6. Apakah prosedur yang perlu dilalui untuk penumpang yang tiba dari Sabah?
Semua kemasukan dari Sabah mesti mematuhi perkara berikut:
a) Muat turun dan aktifkan aplikasi pengesan, MySejahtera ke dalam telefon bimbit / alat peranti mereka
b) Isi borang pengisytiharan kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera dan borang perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO)
c) Menjalani saringan pengesanan COVID-19 
d) Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) seperti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

7. Adakah premis-premis perniagaan, perkhidmatan dan premis makanan dibuka sepanjang tempoh penguatkuasaan ini?
Ya, kebanyakan premis perniagaan sudah mula beroperasi secara berperingkat. Walau bagaimanapun, waktu operasi mungkin berbeza. Anda dikehendaki mendaftar masuk menerusi aplikasi pengesan setiap kali anda melawat premis perniagaan di dalam bangunan terminal.
Anda dikehendaki mengamalkan penjarakan fizikal untuk makan di premis. Namun terdapat juga pilihan untuk membungkus makanan sekiranya makan di premis tidak dibenarkan.
Kami amat menggalakkan semua tetamu lapangan terbang untuk membuat pembayaran melalui pelbagai aplikasi pembayaran (tanpa tunai) di premis-premis perniagaan di dalam bangunan terminal.

8. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diamalkan oleh pihak lapangan terbang?
Kami akan memeriksa suhu badan anda di setiap pintu masuk ke bangunan terminal dan memastikan anda memakai pelitup muka. Penanda jarak untuk memastikan penjarakan sosial dan cecair sanitasi juga disediakan di lokasi-lokasi yang sesuai di dalam bangunan terminal. Kami juga telah memasang penghadang bersin anti-mikrob di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Terminal lapangan terbang juga kerap disanitasi menggunakan pelbagai kaedah seperti fumigasi dengan bahan kimia berasaskan air yang membunuh 99% mikroorganisma, semburan nano Blu-ray dan semburan mikro yang membentuk lapisan nipis yang melindungi permukaan daripada mikroorganisma yang tidak diingini.
Kami juga ada menempatkan anggota keselamatan yang sentiasa melakukan rondaan di bangunan terminal. Selain itu skrin digital juga ada memaparkan mesej-mesej keselamatan untuk mengingatkan tetamu lapangan terbang supaya terus mengamalkan langkah-langkah yang selamat. Duta CARE juga sedia berkhidmat untuk tetamu yang memerlukan bantuan.

9. Bolehkah saya pergi ke lapangan terbang dengan pengangkutan awam?
Semua pengangkutan awam (bas, teksi, pengangkutan e-hailing dan kereta api ekspres KLIA) beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, bagi Negeri dan Wilayah yang berada di bawah PKPB, waktu operasi pengangkutan awam terhad dari jam 6 pagi hingga 12 malam. 

Sila semak frekuensi perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

10. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan COVID-19?
Anda boleh menghubungi talian berikut untuk pertanyaan berkaitan COVID-19: 

Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)
Telefon: +603-88810200/600/700 
WhatsApp: +60178429454 
Emel: cprc@moh.gov.my

National Disaster Management Agency (NADMA)
Telefon: +603-8064 2400 
Emel: opsroom@nadma.gov.my / covid19operation@nadma.gov.my  
 

15.10.2020