Section Heading

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

Temperature 27 °C Thunderstorms

KUL
Kuala Lumpur

Section Heading

 

Section Heading

Section Heading

FAQ On Recovery Movement Control Order (RMCO)

The Malaysian government has implemented the Recovery Movement Control Order (RMCO) from 10 June 2020 to 31 December 2020 to continue curbing the spread of COVID-19.  Here is what you need to know about the new normal in air travel during this period.

1. Have all flights resumed normal operations? 

There are no restrictions for all carriers to resume their operations. However please note that only interstate travel is allowed, and our borders are still closed until further notice. Therefore you are advised to check with the respective airline companies on your flight schedules.

2. Who will be allowed to fly out of Malaysia?

2.1 Following are the list of those who can fly out of Malaysia:

a) Visitors and foreign nationals
b) Malaysian citizens and Permanent Residents holding work permit from the third countries who wish to return to their place of work. You are required to  produce the necessary documents at the point of departure (Resident Pass/Long Term Pass/Work Permit).
c) Malaysian citizens who are students who wish to resume their studies, sit for examination or who have received offers to study abroad. You are required to produce the necessary documents at the point of departure (Student Pass/Visa/Long Term Pass/Letter of Offer/Letter of Instruction).

2.2 Malaysian citizens who need to travel abroad for emergency, work, attending seminar and other business purposes will have to submit their application to the Immigration Department of Malaysia.

3. Who will be allowed to fly into Malaysia?

3.1 Other than Malaysian citizens and Permanent Residents, following are the list of foreigners who are allowed to enter Malaysia:

a) Employment Pass Category I (EP I), with dependants and their domestic helpers
b) Residence Pass-Talent (RP-T), with dependants and their domestic helpers

3.2 Entry of the following list is subject to the entry approval from the Immigration Department of 
      Malaysia:

a) Employment Pass Category II and III (EP II & EP III) 
b) Professional Visit Pass (PVP) 
c) Long Term Social Visit Pass (LTSVP) for children above 18 years old / parents / parents in-law 
d) Foreign students 
e) Foreign patients (with 1 companion) seeking medical treatment – application must be made   
    through Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

3.3 Please note that all entries into Malaysia must comply to the following:

a) To be tested NEGATIVE for COVID-19 through the PCR COVID-19 swab test WITHIN THREE (3) days before entering Malaysia (except for Malaysian citizens)
b) Download and activate the contact tracing app, MySejahtera into their mobile/gadget 
c) Fill up the health declaration form in MySejahtera 
d) Undergo a swab test (Malaysian) and temperature screening (Malaysian and non-Malaysian) 
e) Undergo 14 days quarantine at designated quarantine centres by the government. The cost of which is to be borne by the passenger. 

3.4 Airline and cargo crews including private jets are required to go through health screening before immigration clearance.

4. Will international passengers be able to transit at our airport?

Yes. You are required to produce your boarding pass/valid ticket to your next foreign destination. However only transit within the same terminal is allowed for international transit passengers.

However, please check with your airlines on your baggage transfer and the allowable transit duration for your connecting flight.

5. Can Malaysians or foreign visitors (who are currently in Malaysia) from Peninsula Malaysia fly to Sabah or Sarawak, and vice versa?

Malaysian citizens are allowed to travel from Peninsula Malaysia to Sabah or Sarawak, and vice versa. 

Foreign visitors (who are currently in Malaysia) are advised to contact these Immigration offices for further clarification:

SABAH Immigration Corporate Office at +6088 488756

SARAWAK Immigration Corporate Office at +6082 246267

6. Are the shops, services and F&B outlets at the airport open during this period?

Yes, most of the retail and F&B outlets at the airport are now open, with the rest expected to resume operation soon. However, operation hours of the outlets may vary. You are also required to register your visit through the available contact tracing app at each individual outlet. 

You are able to dine-in at several of our F&B outlets while observing social distancing measures. You may also order take-away meals at outlets that do not offer dine-in options. 

We highly encourage all airport guests to go cashless at our retail and F&B outlets through the myriad e-payment services provided.

7. What are the safety measures taken at the airport? 

We will screen the body temperature of all airport guests at every point of entrance to the terminal building and ensure they wear face mask. Social distancing markers are also in place to help guide airport guests, and convenient placement of hand sanitisers throughout the airport journey. We have also installed anti-microbial sneeze guards at service counters. 

The airport terminals are also regularly sanitised and disinfected using various methods such as dry-mist fumigation with a water-based chemical that kills 99% of microorganisms, Blu-ray anion nano spray gun and micro-mist blower which forms a thin layer of coating that protects the surfaces from unwanted microorganism. 

These measures are augmented by the presence of on-ground safety compliance officers patrolling the terminals and safety messages on digital screens to remind airport guests to continue practising safe measures.  Our friendly roving Airport CARE Ambassadors are also 
available for passengers requiring assistance. 

8. Can I get to the airport via public transport?

Yes, all public transport has resumed normal operations. However please check the service frequency with the respective service providers.

9. How can I get more information on COVID-19? 

You may contact the Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) at the following numbers:

Hotline: 
+603-88810200/600/700

WhatsApp:
+60109699435
+60139279454
+60139360454
 


 

Soalan Lazim dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

 

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020 untuk 
membendung penyebaran wabak COVID-19. Berikut adalah norma baharu yang anda perlu tahu berkenaan perjalanan penerbangan sepanjang perintah ini berkuatkuasa.

1. Adakah semua syarikat penerbangan sudah kembali beroperasi seperti biasa?

Tidak ada sebarang sekatan untuk semua syarikat penerbangan meneruskan operasi penerbangan mereka. Namun perlu diingatkan bahawa hanya perjalanan antara negeri yang dibenarkan, dan sempadan negara masih ditutup sehingga diberitahu kelak. Oleh itu anda dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan anda.

2. Siapa yang terlibat dengan larangan keluar dari Malaysia?

a) Pelawat dan warganegara asing
b) Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang memegang permit kerja dari negara ketiga yang ingin kembali ke tempat kerja mereka. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Sijil Penduduk Tetap/Pas Jangka Panjang / Permit Kerja).
c) Warganegara Malaysia yang akan melanjutkan pelajaran, menduduki peperiksaan atau yang telah mendapat tawaran belajar dari institusi luar negara. Anda diminta untuk mengemukakan dokumen yang diperlukan semasa pemeriksaan di kaunter Imigresen (Pas Pelajar / Visa / Pas Jangka Panjang / Surat Tawaran / Surat Arahan Menduduki Peperiksaan).

2.2 Warganegara Malaysia yang mempunyai keperluan untuk pergi ke luar negara atas sebab kecemasan, bekerja, menghadiri seminar dan lain-lain urusan perniagaan perlu mengemukakan permohonan mereka ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk kelulusan.

3. Siapa yang dibenarkan memasuki Malaysia?

3.1 Selain daripada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap, berikut adalah senarai orang asing yang dibenarkan memasuki Malaysia:
 
a) Pas Penggajian I (EP I), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka
b) Pas Residen-Talent (RP-T), dengan tanggungan dan pembantu rumah mereka

3.2 Manakala senarai berikut adalah tertakluk kepada kelulusan masuk dari Jabatan Imigresen Malaysia:

a) Pas Penggajian II dan III (EP II & EP III) dan Pas Lawatan Ikhtisas (Kategori Pakar)
b) Pas Lawatan Profesional (PVP)
c) Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (LTSVP) untuk kanak-kanak berumur 18 tahun ke atas/ibu bapa / ibu bapa mertua
d) Pelajar antarabangsa
e) Pesakit dari luar negara bersama seorang pengiring untuk rawatan perubatan - permohonan mesti dibuat melalui Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)

3.3 Semua kemasukan ke Malaysia mesti mematuhi perkara berikut:

a) Diuji secara NEGATIF untuk COVID-19 melalui ujian swab PCR Covid-19 DALAM TIGA (3) hari sebelum memasuki Malaysia (kecuali untuk warganegara)
b) Muat turun dan aktifkan aplikasi pengesan, MySejahtera ke dalam telefon bimbit / alat peranti mereka
c) Isi borang pengisytiharan kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera
d) Menjalani ujian calitan (warganegara) dan pemeriksaan suhu (warganegara dan bukan warganegara)
e) Kuarantin wajib selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang disediakan kerajaan. Kos perkhidmatan kuarantin adalah di bawah tanggungjawab individu.

3.4 Kakitangan syarikat penerbangan termasuk pesawat peribadi perlu melalui saringan kesihatan sebelum melalui kaunter Imigresen.

4. Adakah penumpang antarabangsa boleh transit di lapangan terbang?

Ya. Anda diminta untuk menunjukkan pas masuk / tiket yang sah untuk ke destinasi antarabangsa seterusnya. Walau bagaimana pun, penumpang antarabangsa hanya dibenarkan untuk transit di bangunan terminal yang sama sahaja untuk ke destinasi berikutnya. 

Sila semak status bagasi dan tempoh transit yang dibenarkan untuk ke destinasi selanjutnya dari syarikat penerbangan masing-masing.

5. Bolehkah warganegara Malaysia atau warga asing (yang kini berada di Malaysia) terbang dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak dan sebaliknya?

Warganegara Malaysia dibenarkan melakukan perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah atau Sarawak, dan sebaliknya.

Pelawat asing (yang kini berada di Malaysia) dinasihatkan untuk menghubungi pejabat 
Imigresen berikut untuk penjelasan lebih lanjut:

Bilik Korporat Pejabat Imigresen Negeri SABAH di talian +6088 488756

Bilik Korporat Pejabat Imigresen Negeri SARAWAK di talian +6082 246267

6. Adakah premis-premis perniagaan, perkhidmatan dan premis makanan dibuka sepanjang tempoh penguatkuasaan ini?

Ya, kebanyakan premis perniagaan sudah mula beroperasi secara berperingkat. Walau bagaimanapun, waktu operasi mungkin berbeza. Anda dikehendaki mendaftar masuk menerusi aplikasi pengesan setiap kali anda melawat premis perniagaan di dalam bangunan terminal.

Sesetengah restoran telah membenarkan untuk makan di premis dengan mengamalkan penjarakan sosial. Namun anda juga boleh membungkus makanan sekiranya makan di premis tidak dibenarkan.

Kami amat menggalakkan semua tetamu lapangan terbang untuk membuat pembayaran melalui pelbagai aplikasi pembayaran (tanpa tunai) di premis-premis perniagaan di dalam bangunan terminal.

7. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diamalkan oleh pihak lapangan terbang?

Kami akan memeriksa suhu badan anda di setiap pintu masuk ke bangunan terminal dan memastikan anda memakai pelitup muka. Penanda jarak untuk memastikan penjarakan sosial dan cecair sanitasi juga disediakan di lokasi-lokasi yang sesuai di dalam bangunan terminal. Kami juga telah memasang penghadang bersin anti-mikrob di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Terminal lapangan terbang juga kerap disanitasi menggunakan pelbagai kaedah seperti fumigasi dengan bahan kimia berasaskan air yang membunuh 99% mikroorganisma, semburan nano Blu-ray dan semburan mikro yang membentuk lapisan nipis yang melindungi permukaan daripada mikroorganisma yang tidak diingini.

Kami juga ada menempatkan anggota keselamatan yang sentiasa melakukan rondaan di bangunan terminal. Selain itu skrin digital juga ada memaparkan mesej-mesej keselamatan untuk mengingatkan tetamu lapangan terbang supaya terus mengamalkan langkah-langkah yang selamat. Duta CARE juga sedia berkhidmat untuk tetamu yang memerlukan bantuan.

8. Bolehkah saya pergi ke lapangan terbang dengan pengangkutan awam?

Ya, semua pengangkutan awam telah kembali beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, sila semak frekuensi perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan.

9. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan COVID-19?

Anda boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) di talian berikut:

Hotline: 
+603-88810200/600/700

WhatsApp:
+60109699435
+60139279454
+60139360454

 

Update: 28 August 2020